Be the first to review. Register
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
Abstract
Buku ini ditulis sebagai usaha untuk menambah kefahaman pembaca
berkenaan istilah asas dalam Biofeedback dan tatacara pembangunan
protokol Biofeedback yang boleh digunakan dalam menangani isu
permasalahan jiwa dan tingkahlaku manusia. Aplikasi teknik
biofeedback dalam program intervensi perubahan tingkah laku telah
terbukti berkesan digunakan di kebanyakan negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Oleh yang demikian, usaha dalam mengetengahkan
penggunaan kaedah Biofeedback ini di Malaysia disesuaikan dengan
budaya dan gaya hidup masyarakat Malaysia berdasarkan gabungan
aplikasi Biofeedback dan amalan Islam.
Penggunaan kaedah zikir sebagai terapi pemulihan sahsiah diri
digabungkan dengan penggunaan peralatan Biofeedback membantu
dalam perubahan tingkahlaku manusia yang terlibat dengan pelbagai
masalah dan merupakan satu strategi kepulihan. Bagi umat Islam,
pendekatan Islam ialah strategi terbaik dalam menangani isu
kepincangan tingkahlaku dalam kalangan umatnya. Manakala, bagi
orang bukan Islam, konsep dan protokol yang dijelaskan dalam buku ini
mudah untuk difahami dan membolehkan mereka untuk
mengaplikasikan sebahagian konsep tersebut dalam kehidupan harian
Chapter