Profil Kami

Penerbit UMPSA berperanan sebagai pusat yang bertanggungjawab dalam menerbitkan pelbagai bahan ilmiah yang bersesuaian dengan dasar penerbitan UMPSA. Sejak penubuhan Unit Penerbitan (UP) yang diletakkan sebelum ini di bawah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) pada 1 Julai 2007, Penerbit UMPSA semakin berkembang pesat dan proaktif. Walaupun usia UP masih setahun jagung, namun demikian hasrat pihak pengurusan UMPSA untuk melihat Penerbit UMPSA setanding dengan penerbit-penerbit universiti  terkemuka yang lain, semakin jelas apabila UP dinaiktaraf sebagai sebuah pusat, yang dikenali sebagai Penerbit UMP  (Penerbit UMP) pada 1 Oktober 2008 dan dijenamakan semula sebagai Penerbit UMPSA  (Penerbit UMPSA) pada 14 April 2023; bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja perancangan, mengurus dan memantau segala aktiviti penerbitan ilmiah universiti.

Hal ini adalah sejajar dengan misi dan visi UMPSA, agar Penerbit UMPSA berupaya menjulang dan mengharumkan nama UMPSA sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Justeru itu, jika dibuat perbandingan jumlah penerbitan ilmiah yang telah diterbitkan oleh Penerbit UMP pada tahun 2007 dengan tahun 2008 sangat memberangsang. Kini pada tahun 2009, Penerbit UMPSA semakin melangkah kukuh bagi merealisasikan harapan universiti.

 

 
 

website stats