Be the first to review. Register
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
Abstract
Buku Biofeedback ini ditulis sebagai bahan rujukan tambahan
kepada individu yang ingin mempelajari biofeedback dalam
konteks perubahan diri. Modul ini perlu digunakan bersama sama
dengan alatan biofeedback EmWave kerana ia ditulis secara
praktikal untuk membolehkan pembaca faham bagaimana teknik
biofeedback boleh digunakan untuk membantu individu membuat
perubahan diri dan bagaimana data boleh dibaca dari perisian
biofeedback. Secara keseluruhannya terdapat tiga komponen
utama dalam buku ini meliputi asas biofeedback, kaedah
menggunakan alatan EmWave dan kaedah membaca data yang
dipaparkan oleh perisian EmWave. Modul ini ditulis oleh Dr.
Muhammad Nubli yang merupakan seorang pensyarah di
Universiti Malaysia Pahang. Beliau merupakan bapa kepada 7
orang anak dan banyak melakukan penyelidikan dan latihan dalam
bidang biofeedback dan pembangunan Insan. Modul yang ditulis
tidak terlalu berat dengan fakta ilmiah untuk memudahkan
pengamal memahami dan mempraktikkan ilmu yang ditulis. Gaya
ayat yang bersahaja memudahkan pembaca memahami aplikasi
biofeedback dalam tugas yang rumit iaitu membantu individu
membuat perubahan diri.
Chapter