Be the first to review. Register
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
Abstract
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia dan kini boleh dikatakan sebagai
bahasa antarabangsa kerana sudah tersebar luas di serata dunia. Bahasa Melayu
digunakan dalam komunikasi pelbagai bangsa dan etnik. Fungsi dan kewujudan bahasa
Melayu tidak lagi dapat dinafikan dan sudah terbukti penggunaannya sejak zaman
berzaman. Buku ini ditulis khas pada para pelajar antarabangsa dari pelbagai negara dalam
mempelajari dan menguasai bahasa Melayu khususnya dalam komunikasi harian.
Modul ini bertujuan untuk memperkenalkan bahasa Melayu dan membolehkan para
pelajar antarabangsa berkomunikasi dalam perbualan harian dengan menggunakan bahasa
Melayu. Lantaran itu, modul ini menampilkan empat kemahiran bahasa yang utama, iaitu
mendengar, menulis, membaca dan bercakap. Kesemua elemen ini apabila dikuasai
secara seimbang oleh seseorang, maka ia akan berupaya menguasai bahasa yang baru
dipelajari termasuk bahasa Melayu. Seterusnya modul ini menjadikan negara Malaysia
sebagai latar belakang konteks perbincangan dan contoh. Diharapkan para pelajar
antarabangsa dapat menguasai dan mempraktikkan bahasa ini dengan lebih mudah, cepat,
dan berkesan.
Chapter