Be the first to review. Register

  • 978-967-2054-97-9
 

PENDIDIKAN TAHFIZ DAN KEMAHIRAN INSANIAH

Author RASHIDI BIN ABBAS
Category Buku
ISBN 978-967-2054-97-9
Pages 156
Year 2018
Language Malay
 
 
 
 
 
 
 

Abstract
Objektif utama penghasilan buku ini adalah untuk melihat sejauhmana perkembangan pendidikan tahfiz serta kemahiran insaniah (KI) dalam kalangan huffaz khususnya dalam dimensi kemahiran generik dalam konteks untuk berdepan dengan cabaran semasa. Penerapan tujuh elemen kemahiran generik ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan seorang hafiz dapat dihasilkan dengan cemerlang, kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran etika dan moral profesional dan kemahiran kepemimpinan. Pada masa kini, wujudnya budaya persaingan yang begitu tinggi dan cukup ketara dalam konteks peluang pekerjaan dalam pasaran semasa, di mana majikan memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi untuk menjadi sebahagian daripada organisasinya. Pihak majikan memerlukan pekerja yang mempunyai keperibadian yang mulia, berkeyakinan dalam berkomunikasi, boleh bekerjasama dengan rakan sekerja serta pelbagai kemahiran lagi yang diperlukan oleh majikan. Justeru itu, tidak ketinggalan juga para huffaz perlu mempunyai bekalan yang cukup dari aspek kepelbagaian kemahiran sebelum memasuki bidang pekerjaan yang ditawarkan. Dengan peningkatan penawaran program tahfiz di seluruh Malaysia contohnya di MRSM Ulul Albab, Politeknik, Universiti Awam dan Swasta akan menjadikan iklim pendidikan di Malaysia khususnya dalam bidang hafazan bertambah signifikan dalam pasaran terkini. Penawaran program hafazan ini selari dengan hasrat kerajaan (TN50) untuk melahiran 125,000 huffaz menjelang 2050. Untuk mencapai misi ini, sudah semestinya penumpuan perlu diberikan kepada Maahad Tahfiz dan beberapa institusi yang dikenalpasti berpotensi untuk melahirkan huffaz profssional yang kompeten dari aspek ilmu akli dan nakli.


Chapter

 

 

website stats