Be the first to review. Register
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
Abstract
Matlamat setiap organisasi adalah untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan di samping memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang semakin meningkat saban hari. Pada zaman yang penuh cabaran ini, organisasi-organisasi bersaing sesama sendiri demi kelangsungan dan kelebihan bersaing (competetive advantage). Sekiranya ini tidak berlaku, berkemungkinan besar organisasi berkenaan akan ketinggalan, kurang berdaya saing dan akhirnya tersungkur. Oleh yang demikian, ilmu pengetahuan dalam mengurus dan membangunkan organisasi amat penting agar ia mampu menghadapi cabaran yang mendatang dalam mencapai kejayaan. Namun begitu, sebelum kejayaan dikecapi, prestasi sesebuah organisasi perlulah diukur terlebih dahulu (Buchko 2007); dipantau dan dinilai untuk melihat sejauh mana organisasi berkenaan telah mencapai matlamatnya.
Chapter
Chapter 1 : Pengenalan |
Chapter 2 : Model Kecemerlangan Perniagaan (BEM) |
Chapter 3 : Nilai Teras |
Chapter 4 : Model Kecemerlangan Prestasi IPT Berasaskan Nilai Teras |
Chapter 5 : Keupayaan Organisasi Berasaskan Nilai Teras (VBOC) |
Chapter 6 : Fokus Organisasi Berasaskan Nilai Teras (VBOF) |
Chapter 7 : Nilai-nilai Pekerja |