LATAR BELAKANG

Koperasi adalah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan diurustadbir oleh sekumpulan orang berasaskan semangat dan kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Koperasi Universiti Malaysia Pahang Berhad telah berjaya ditubuhkan pada 22 Februari 2011.

Koperasi juga menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan memjana modal dan kewangan yang dapat membantu meringankan beban kewangan anggota-anggotanya.

Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga boleh menikmati harga barangan dikedai koperasi yang lebih murah dari pasaran, kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman, sewa beli, belian secara kredit dan sebagainya, bergantung kepada peraturan yang diluluskan oleh koperasi dari masa kesemasa.

Koperasi Universiti Malaysia Pahang Berhad ditadbirselia oleh sepasukan Ahli Lembaga Koperasi yang dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Pelantikan 15 orang Ahli Lembaga Koperasi dibuat secara undian di Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli-ahli adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha, dan 11 orang anggota Lembaga. Setiap anggota berhak mencalonkan sesiapa daripada kalangan anggota untuk menduduki kerusi Lembaga Koperasi.

PENAFIAN: Pihak Koperasi UMP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.