OBJEKTIF

  • Meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kebajikan anggota koperasi serta keluarga melalui kepelbagaian aktiviti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

  • Meningkatkan serta melaksanakan kepelbagaian jenis dan aktiviti yang menjana pulangan ekonomi berimpak tinggi.

  • Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen, bonus, rebet dan diskaun dengan kadar yang memuaskan kepada anggota.


  • Bagi memaksimumkan pulangan kepada anggota, Koperasi akan mempelbagaikan aktiviti yang boleh mendatangkan pulangan kepada anggota. Sehubungan itu, Lembaga Koperasi akan menjalankan tugas dengan penuh integriti bagi mencapai objektif-objektif diatas dengan pendekatan berikut:

  • Mengurus kepentingan ekonomi anggota dengan cekap, berkesan dan berwawasan mengikut undang-undang dan peraturan.

  • Meningkatkan pulangan kepada pelaburan anggota.

  • Meningkatkan nilai aset koperasi dengan membuat pelaburan yang menguntungkan risiko yang minimum.

  • Meningkatkan kebajikan anggota melalui aktiviti sosio-ekonomi yang dijalankan.

  • Meningkatkan partisipasi anggota dalam menentukan halatuju koperasi melalui pelbagai wadah seperti forum, AGM, EGM dan ruang diskusi.


  • PENAFIAN: Pihak Koperasi UMP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.