tujuan penubuhan

1. Memenuhi Keperluan Koperasi di UMP.

Koperasi Universiti Malaysia Pahang Berhad diwujudkan bagi memenuhi keperluan anggota kepada sebuah koperasi pengguna yang boleh memberikan pulangan keuntungan dan kebajikan kepada angota, beroperasi dalam lingkungan UMP atas premis kerjasama dan kesepakatan.


2. Memberi Khidmat Kepada Anggota.

Staf yang menjadi anggota akan mendapat faedah daripada operasi Koperasi UMP Berhad dalam bentuk pulangan pelaburan, penggunaan kemudahan yang akan disediakan oleh Koperasi, misalnya pinjaman kewangan, sistem sewa-beli peralatan rumah dan sebagainya.


3. Memunafaatkan Ruang Niaga Yang Sedia Ada.

Ruang niaga yang sedia ada dalam UMP, dengan potensi pelanggan melebihi 7000 orang (Pelajar 6000 + 1500 Staf) wajar dimunafaatkan oleh koperasi. Terdapat beberapa ruang niaga yang boleh dipohon daripada UMP untuk pelbagai jenis perniagaan merangkumi stationari, buku, keperluan harian dan barangan elektrik. Dalam perancangan kampus baru di Kuala Pahang telah di wujudkan satu Kompleks khas untuk keusahawanan, perniagaan dan koperasi.


4. Meningkatkan Ekonomi Anggota Melalui Dividen Dan Appresiasi Modal.

Boleh meningkatkan taraf ekonomi anggota melalui dividen dan appresiasi modal Koperasi UMP telah di kenalpasti sebagai penjana ekonomi untuk staf UMP yang memilih untuk menjadi anggota. Secara dasarnya, anggota akan menikmati pulangan pelaburan melalui dua kaedah asas, yakni pembayaran dividen (wajib minima) dan perkembangan modal (Capital Appreciation). Koperasi UMP juga akan memastikan pembayaran bonus yang berterusan kepada anggota berdasarkan keuntungan kewangan semasa.

5. Memberi Peluang Perniagaan Kepada Semua.

Adalah menjadi harapan Koperasi UMP Berhad  membantu anggota dan staf UMP yang berminat untuk menjadi usahawan. Peluang ini akan terwujud dengan lebih luas apabila pihak Pengurusan Universiti memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan dan saluran bisnes yang tersedia di UMP.

 
6. Mengaktifkan Wang Simpanan Anggota.

Mengaktifkan wang simpanan anggota koperasi melalui pelbagai aktiviti pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi. Wang yang aktif , InsyaAllah akan membuahkan hasil yang positif dan memberi munafaat kepada anggota.

 
7. MembantuMengurangi Masalah Penghijrahan Staf.

Pulangan yang baik boleh membantu mengurangi masalah penghijrahan staf UMP terutamanya akademik (brain drains). Sedikit sebanyak Ia akan berjaya mengurangkan masalah penghijrahan anggota-anggota akademik yang berjaya demi mengejar upah yang lumayan di luar.


PENAFIAN: Pihak Koperasi UMP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.